Agak ramai di antara kita yang ingin memiliki arnab sebagai haiwan peliharaan. Ramai juga yang mengatakan yang arnab ni adalah haiwan yang sensitif. Belum terlalu lama saya memelihara arnab namun bagi saya menjaga arnab tidaklah sesusah mana seperti yang kita fikirkan. Penjagaan yang baik dan teratur dapat menjamin umur arnab yang panjang. Arnab boleh dipelihara di dalam rumah ataupun di luar rumah.
Memelihara arnab di luar rumah
Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, Malaysia mempunyai cuaca yang agak panas dan lembab. Arnab boleh menjadi stress apabila suhu di sekitarnya meningkat dan ini juga boleh menjadi punca kepada kematian arnab. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, arnab haruslah diberikan kawasan yang teduh (sangkar/kandang yang beratap). Jangan biarkan arnab berkeliaran di halaman rumah, mereka haruslah dikelilingi dengan pagar atau dengan cara yang lebih baik lagi, tempatkan mereka ke dalam sangkar/kandang yang sekurang-kurangnya 4 kali lebih besar daripada arnab anda. Selain itu, anda haruslah menyediakan tempat bersembunyi bagi mereka kerana arnab adalah sejenis haiwan yang sangat berhati-hati apabila mereka merasakan diri mereka di ancam.
Memelihara arnab di dalam rumah
Jika anda ingin memelihara arnab di dalam rumah (seperti saya), anda juga haruslah menyediakan satu sangkar/kandang yang sekurang-kurangnya 4 kali lebih besar daripada saiz arnab anda dan meletakkan tray/dulang di bawah sangkar/kandang arnab anda agar najis arnab anda jatuh pada tray/dulang tersebut. Apabila ingin membersihkan najis arnab, anda hanya perlu mengambil tray/dulang itu dan buang najis di tempat yang sesuai menurut anda. Suhu di dalam rumah lebih konsisten dibandingkan di luar rumah; namun begitu, anda juga harus memantau arnab anda setiap masa untuk memastikan keselesaan mereka.
Membawa arnab bersiar-siar
Jika anda inginkan arnab anda bersiar-siar di halaman rumah, pastikan halaman rumah anda tidak ada bahan-bahan merbahaya bagi arnab (kertas, wayar terbuang, surat khabar) yang boleh membuat usus arnab anda tersumbat ataupun tumbuh-tumbuhan (kulat putih, bunga lavender, bunga lily dsb) yang boleh menyebabkan keracunan.
Pemakanan arnab
Pastikan mangkuk arnab anda sentiasa penuh kerana arnab memerlukan makanan setiap masa. Ketiadaan makanan selama 3 jam boleh mendatangkan masalah kepada arnab. Air juga harus sentiasa diberikan. Gunakan botol khas untuk cara yang lebih senang. Tanpa air, arnab akan mengalami dehidrasi dan akan membawa kepada kematian. Saya memberikan baja arnab kepada arnab-arnab saya. Beberapa jenis buah-buahan juga boleh diberikan tetapi buah-buahan tidak boleh dijadikan makanan asas bagi arnab (hanya berikan sebanyak 1-2 kali seminggu). Berikan baja atau alfalfa kering yang ada di jual di kedai-kedai haiwan peliharaan.
Pastikan arnab anda sentiasa HAPPY!
I DO NOT OWN THE PHOTOS. except for the last photo. =)








No comments:
Post a Comment